I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, 12 September 2012

bacalah anakku sesuai untuk mengajar diprasekolah

saya seorang bakal seorang guru telah melibatkan diri dalam kursus bacalah anakku... kursus ini amat bagus dan dapat mengajar kita dan meningkat taraf pemikiran kreatif seseorang guru...
 saya akan mencerita serba sedikit tentang bacalah anakku ini... sebarang pertanyaan boleh menulis bahagian komen...

KEUNITKAN BACALAH ANAKKU MEMPUNYAI 15 CARA.

1. memulakan dengan 3 vokal yang mudah disebut... a i u
2. dan 5 konsonan asas yang penting dalam bahasa melayu b n m k s 
3. hanya dgn membunyikan bunyi huruf bukan mengenalkan nama huruf contohnya huruf "b" bunyinya beh..
4. merangsang bunyi yang diajar dengan bunyi awal pada perkataan yg hampir dgn knk2 contoh ani

5- 15........ boleh tanya saya kalau berminat ingin tahu.... :) 

kisah teladan dari Al-quran (semut nabi sulaiman a.s)

aku ialah seekor semur berkerja. aku tinggal berkelompok di lembah semut dibawah tanah. Allah s.w.t menanugerahkan kami kebijaksanaan menguruskan segala urusan. kami terdiri daripada semut betina, semut jantan dan semut pekerja. kami mempunyai seekor semut ratu yang menghasilkan telur-telur semut. aku bertugasmengawal kawasan sekitar kotaku. aku sentiasa bertasbih kepada Allah s.w.t.

Pada suatu hari, aku memanjat sepohon pokok untuk meninjau kawasan yang jauh. aku terkejut apabila terlihat segerombolan tentera berhimpun di hadapanku. mereka terdiri daripada tentera jin, manusia dan burung-burung. aku tahu mereka ialah tentera nabi sulaiman a.s. Aku berasa takut sekiranya melalui lembah semut, pasti musnahlah kota kami.

aku segera turun dari kota itu. aku ingin cepat memberitahu kepada rakan-rakanku. aku mengeluarkan isyarat bau sebagai amaran bahaya kepda mereka.

Akhirnya, aku sampai ke lembah semut. " Disana terdapat tentera daripada kalangan jin, manusia dan burung. mereka akan bergerak kearah sini. lembah semut akan hancur sekiranya dipijak oleh mereka, "kataku dengan cemas.

kita mesti panggil semut berlindung di tempat yang selamat arah ketua semut. aku pula diarahkan untuk mengeluarkan amaran yang terakhir. aku memanjat sepohon pokok untuk memerhatikan tentera tersebut. tidak lama kemudian, muncullah tentera itu. "wahai semut masuklah kesarang-sarangmu agar tidak dipijak oleh tentera nabi sulaiman a.s", teriak aku.

rakan-rakan semut segera bergerak ke tempat selamat. tiba-tiba, aku terkejut melihat nabi sulaiman a.s sedang mendongak ke arah tempat aku bersembunyi. janganlah kamu takut. kami akan memasangkan pejalanan kami jauh dari lembah ini, " ucap nabi sulaiman dalam bahasaku. Aku ialah Nabi Sulaiman a.s dan Allah s.w.t mengajar bahasa-bahasa haiwan", jelas baginda.

aku bersyukur kerana lembah semut terselamat daripada dipijak oleh tentera Nabi Sulaiman a.s. aku berdoa agar Allah s.w.t terus merahmati baginda a.s yang bijaksana itu. nabi sulaiman juga memberitahu aku bahawa allah s.w.t akan menjadikan kata2ku yg mmberi amaran kpada semut itu sebgai kalimah yang akan dibaca oleh orang mukmin dalam solat mereka.

Akhirnya, baginda berpaling ke arah tentera baginda " berpaling kearah pergerakkan dan terus mara," perintah baginda dengan taat, tentera baginda menuruti perintah itu.

nilai moral:
hendaklah kita saling mengingati, berpesan dan bersangka baik antara satu sama lain

Friday, 13 July 2012

semua manusia itu pandai dan cerdik!!!!

ahhhh... kenapa aku cakap mcm tuh eh... nie kisah hidup aku... aku selalu mengatakan aku tidak sepandai kawan2 aku yang pointer tinggi... aku kadang2 rasa rendah diri....
aku cube usha tok buktikan pada semua aku pon pandai... rupa2nya aku nboleh lakukan dan pointer aku meningkat tinggi yang tidak terjangka... baru aku sedar bahawa semua manusia yang ALLAH SWT jadikan diataskan muka bumi ini cerdik pandai... kita sebagai manusia haruslah pandai menggunakan kemudahan yang ALLAH berikan dan jangan pernah give up.... Allah sentiasa membantu kita dalam senang dan susuh... allah sentiasa disisi kita tetapi kita sebagai hambanya jgn sesekali melupaiNYA...
ALLAH MAHA BESAR.... bersyukurlah padaNYA... :)

Tuesday, 15 May 2012

SELAMAT HARI GURU........... 16 MEI 2012

selamat hari guru untuk pensyarah wanie yang berada di KOLEJ UNITI PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN.... yg telah mengajar kami dari tak tahu buat assgmnt hingga tahu buat assgmnt.. kami banyak berhutang budi dengan pensyarah kami.... KAMI INGIN MENGUCAPKAN TERIMS KASIH GURU.... :)

Sunday, 22 April 2012

ciri-ciri guru prasekolah


ini adalah wajah pelajar diploma pendidikan prasekolah
kolej uniti..
kami pelajar semester 4D
kami mempunyai 34 pelajar
kami pelajar yang paling ceria dan paling BEST!!!

Monday, 2 April 2012

RANCANGAN MENGAJAR


RANCANGAN MENGAJAR

NAMA KELAS  : Delima

BILANGAN MURID : 20/21 orang

UMUR : 6 Tahun

HARI : Isnin

TARIKH : 18 Julai 2011

CADANGAN MASA : 20 minit (9.30-9.50 am)

TEMA : Haiwan jinak

TUNJANG : Fizikal dan Estetika (Fizikal)

TUNJANG DISEPADUKAN : Bahasa dan Komunikansi (Bahasa Malaysia)                                                                                   Fizikal dan Estetika (kreativiti)

Standard Pembelajaran Utama:1. PFK 2.1.22 membuat pergerakan menggunakan anggota badan (contoh: bermain dengan bermain gelongsor, jongkang-jongkit, buaian dan lain-lain permainan luar).

Standard Pembelajaran yang disepadukan:1. BM 1.1.7 mendengar arahan memberi respon.
2.      KTI 2.1.13 menyanyi dengan gerakan.
Objektif Pembelajaran: Diakhir pengajaran, murid dapat;1.      Mengerakkan psikomotor kasar seperti menggunakan kaki dan tangan untuk melakukan aktiviti lain.
2.      Mendengar dan memberi respon apabila guru memberi arahan untuk melakukan aktiviti yang disuruh guru.
3.      Menyanyi lagu “Senam Tommy” dan membuat gerakkan mengunakan tubuh badan dengan baik dan sempurna.
 Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar sudah mengetahui cara menggunakan psikomotor dalam aktiviti    bermain buaian, gelongsor dan lain-lain.
Penerapan Nilai : kerjasama, mendengar arahan, memberi perhatian.
Alat Bantu Mengajar (ABM)  : kon, botol, sepan, air, dan lagu “senam tommy”
KBKK  : menjana idea
Langkah/masa
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Catatan/ABM
Set Induksi
(5minit)
(9.30-9.35 am)
·         Guru perah air dalam botol dan berlari kebaldi untuk mengambil air.
·         Murid tekun melihat sambil menanyakan “ apa yang guru mainkan itu.”

ABM: botol, air, baldi.
Objektif:-
Nilai:memberi perhatian
KBKK:-
Langkah 1
(5 minit)
(9.35-9.40 am)
·         Guru membuat aktiviti memanaskan badan
·         Guru menerangkan cara bermain air isi dalam botol.
·         Guru membuat demo dan memilih salah seorang murid untuk membuat demo.
·         Murid mengikut aktiviti pemanasan badan bersama guru.
·         Murid memberi penuh perhatian ketika guru membuat demo aktiviti bermain isi air dalam botol.
ABM: air, botol dan baldi

Objektif: (ii) dan (i)

Nilai:memberi perhatian.

KBKK:-
Langkah 2
(5 minit)
(9.40-9.45 am)
·         Guru membahagikan kumpulan untuk melakukan aktiviti bermain isi air dalam botol.
·         Guru meniup wisel dan mengira masa apabila murid mula melakukan aktiviti bermain isi air dalam botol.
·         murid berkerjasama dalam kumpulan yang telah diberikan oleh guru.
·         Murid bermain dengan penuh berhati-hati untuk isi air dalam botol.
ABM: air, botol dan baldi.

Objektif: (ii)

Nilai:mendengar perhatian, kerjasama.

KBKK: menjana idea.
Penutup
(5 minit)
(9.45-9.50 am)
·         Guru merumuskan mengenai aktiviti yang telah dijalankan.
·         Guru menperdengarkan lagu “senam tommy” untuk sejukkan badan bersama murid.

·         Pelajar gembira melakukan akitiviti bermain isi air dalam botol.
·         Murid turut menyanyikan lagu tersebut sambil buat gaya senaman sejukkan badan.
ABM: CD lagu “senam tommy”.

Objektif: (iii)

Nilai: kerjasama

KBKK:-
  Impak:20/21 murid telah berjaya mencapai objektif yang telah guru nyatakan, ini kerana penggunaan alat bantu mengajar yang menarik dan kreatif tetapi masih ada 3/21 murid yang masih tidak mencapai objektif oleh kerana kurang mengambil perhatian dalam kelas. Walaubagaimanapun, guru mesti meningkatkan lagi Alat Bantu Mengajar yang lebih menarik, untuk menarik minat murid dalam pendidikan disekolah.
   

Sunday, 18 March 2012

lembaran kerja dan aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak tentang sayur.



gambar ini boleh dijadikan sebagai kerja kepada kanak-kanak untuk mewarna dan samabil itu kanak-kanak dapat megenali apa itu sayur-sayuran.


ini juga boleh dijadikan satu permainan bingo sayur-sayuran, dengan aktiviti ini kanak-kanak akan mudah lebih dekat dengan sayur-sayuran dan mengenali nama-nama sayur-sayuran.