Menggunakan
pendekatan kartun sebagai menarik minat anak anda. Sebagai contoh, katun
popeye, apabila dia makan bayam, dia akan jadi kuat dan mampu menyelamatkan
orang. Dengan ini, kita dapat menggunakkan pendekatan itu untuk ajar anak
lelaki makan sayur. Kita sebagai ibu bapa perlu bercakap dengan lembut apabila
memujuk mereka untuk makan sayur. Kita memujuk dengan cara seperti “ kalau
ahmad nak jadi kuat macam popeye, ahmad kene makan sayur, baru ahmad mampu
kalahkan orang jahat”. Dengan kata-kata itu, mampu merangsangkan kanak-kanak
lelaki bersemangat untuk makan sayur. Itu untuk kanak-kanak lelaki, bagi kanak-kanak
perempuan pula, kita boleh menggunakan kartun Snow White sebagai contoh.
Walaupun kartun Snow White tidak menerangkan faktor kenapa dia cantik, tapi
kita boleh katakana yang Snow White cantik kerana Snow White makan sayur.
Katakana pada anak anda, jikalau mereka ingin cantik mestilah makan sayur
supaya wajar mereka cantik seperti Snow White. Dengan kata-kata itu, dapat
merangsang kanak-kanak perempuan tertarik untuk makan sayur.
Cara penyedian makanan iaitu sayur
mestilah menarik perhatian kanak-kanak untuk makan sayur. Jikalau ibu bapa hanya bagi
sayur dihadapan mereka tanpa menghiasi dengan menarik dan kretif, kanak-kanak
tersebut tidak kan menyentuh sayur tersebut dan tinggalkan. Kita sebagai ibu
bapa tidak boleh menyamakan makanan kanak-kanak dengan orang dewasa. Kita yang
sudah besar ini, apa yang orang hidangkan, itulah yang kita telan, tapi bagi
kanak-kanak pula ia memilihdari aspek permakanan. Kalau ada ayam dengan sayur,
mereka akan lebih suka mengambil ayam dari sayur. Dengan itu, kita sebagi
ibubapa perlulah menyediakan makanan yang kretif dan seimbangkan.
Ibu bapa sendiri perlu menunjukkan
minat makan sayur dihadapan kanak-kanak seperti makan bersama anak-anak dan
menunjukkan yang sayur itu adalah sedap apabila dimakan.ini yang paling penting
sebenarnya. Kalau iba bapa sebdiri tidak makan sayur, bagaimana mahu anak-anak
makan sayur. “mana tumpahnya kuah kalau
tak ke nasi” waktu makan, ibu bapa sediakan makanan yang mempunyai sayur
paling banyak daripada yang berayam. Ibu bapa perlu minat makan sayur dan bila
makan sayur, cakaplah pujian terhadap sayur seperti “sedapnya sayur ini,lagi lazat dari ayam”, “papa suka makan sayur nanti papa boleh jadi kuat macam popeye”, “mama suka makan sayur sebab sedap sangat,
nanti mama boleh jadi cantik macam Snow White”. Sudah pasti kanak-kanak
akan cepat tertarik untuk makn sayur. Secara langsung, kita dah pupuk minat
mereka untuk makan sayur.
ini adalah salah satu cara kreativiti yang dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk makan sayur.

No comments:
Post a Comment